March 30, 2010

Kita Layan Gambo Lelame ae ..

Masa ni kakak de lah cicit sulong dlm keluarga Aytam...adek lom ada lagi la..hihihihi..gambar ni masa ari raya..tu yg semua tengah tunggu giliran dapat duit raya dari Tok Nek Rahman...

yang baju pink ni kembar orang nya...cepat beratur !!
Atok abah menyandor di tepi katil besi..antik tau...
ok lah sampai di sini dahulu untuk kali ini .. Nanti ada lagi gambo-gambo yang lain akan menyusul.. Tungguuuu !!!! =]

March 25, 2010


Assalamualaikum....
Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.


Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH

March 17, 2010

KALAU TAK ADA YANG LAMA,MUNGKIN TAK KAN ADA YANG BARU.

Arwah Tok Nek Rahmah dan juga nazeera..Menurut kata mak,time ni nenek memang nak sangat ke masjid shah alam sebab nak solat kat Masjid shah alam tu..dan tak salah kami,time tu je nenek boleh jalan jauh sebab start dari tu nenek dah mula tak sihat..sehingga lah nenek meninggal dunia pada tahun 2007..

arwah Tok Nek Ramlah pulak ada dalam gambar ni..Time ni kita ada kat tasik batu pahat..Atok Tahir kita masuk wad kat Hospital Batu Pahat..Mak cakap mee rebus arwah Atok Nek Ramlah ni sangatlah sedap..Tok Nek Ramlah ni meninggal dunia dah lama dah..tak berapa nak ingat tahunnya..


Ni pulak arwah tok Rahman dengan Tok Cik..Tok Cik tinggal dengan Tok Rahman lepas Tok Nek Ramlah meninggal dunia..Tok Rahman ni pakai tongkat kalau nak berjalan..Tok Rahman meninggal dunia bulan 9 tahun yang sama dengan Tok Tahir kita meninggal..

Assalamualaikum..dah lama tak di update blog ni sampai ibu kita pun dah sms suruh update..hihihi..jgn mara bu..gambar kali ni adalah gambar arwah tok nek rahman,nek melah,& juga nek rahmah..Semua mereka telah kembali ke rahmatullah..Dan saya selaku cucu sulung tok tahir dan juga tok nab bersyukur kerana dapat berjumpa dengan mereka semasa hayat mereka..
Nasib baik ada gambar2 kenangan macam ni,dapatlah sepupu2 saya yang masih muda ni mengenali moyang2 mereka..Akhir kata,Al-Fatihah buat mereka..

March 10, 2010

JIRAN BAIK KU BAKAL PEMIMPIN UNTUK GENERASI PARIT TENGAH BLACKWATER


AKU BANGGA MENJADI RAKYAT JOHOR, WALAUPUN AKU DI PERANTAUAN..


Md.Nizal Bin Haji Roslan, Kawan Karib bakal menjadi seorang pemimpin..



Barisan bakal pemimpin negara..




Sebelum memaparkan gambar2 ini, saya ingin meminta kebenaran dari Pemuda Bahagian muar kerana meminjam gambar ini dengan tujuan untuk tatapan masyarakat Parit Tengah.


March 8, 2010



JANGAN MENGELUH ...........

Kita selalu Bertanya...................dan Al-Quran sudah menjawabnya..................



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45.



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB"

Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129.



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "

... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12.