April 24, 2010

10 TAHUN DALAM KENANGAN

Bersama kereta kesayangan nya

Tanggal 25 April 2010, genaplah 10 tahun Allahyarham Haji Mohd Tahir Bin Abdul Rahman meninggalkan kita semua, Memang tidak dinafikan semasa hayatnya, bapa mertua ku ni memang sporting, walaupun anak-anaknya ada yang mengatakan Allahyarham seorang yang garang tapi sebenarnya tidak kerana allahyarham adalah seorang yang penyanyang, berkemungkinan masa tu anak2 nya degil, nakal, malas dll.....hahahaha

Sesungguhnya sama-sama lah kita sedekah AL-FATIHAH kepada Allahyarham Haji Mohd Tahir Bin Abdul Rahman,Semoga Rohnya sentiasa di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..


AL-FATIHAH

April 22, 2010

Jejak Idaman Kalbu Tahun awal 90an

Apa lah yang di menungkan Wak ni..pikir masa depan ker....


Kawan Karib..Faizal..mana lah tau andaikata dia dapat tengok blog ni.alangkah gembiranya kerana masih kurus..mesti faizal ni ada Facebook..


kenangan ku bersamamu di waktu engkau di sampingku

Sorry aunty Ayu sebab adeq copy gamba nie dari album fb... hehe.. yang tengah tu lah Atok Andak bersama Ayu Syurizah (bertudung merah) dan menantunya Salinah Mohd Mudri (bertudung pink)..

Inilah gamba zaman muda-muda & kanak-kanak...



Setelah lama tidak bersua, kecanggihan IT pada masa sekarang telah berjaya menemukan kita bersama orang yang jauh di mata. Melalaui Facebook (fb) kami telah berjaya menjejaki Azim Syukri dan Ayu Syurizah. Mereka berdua ialah anak kepada Hajjah Azizah Mintol (Atok Andak) dan Haji Syukur.. Atok Andak merupakan adik kepada Zainab Mintol (atok mak kita lah).. hehe..


Selamat BerFacebook kepada semua keluarga zainabmintol...




April 18, 2010

JEJAKA PALING MACHO DI MALAY A ( PERASAN ATAU PERASAAN )


Sesaja jer nak posting gambau biras gua yang bongsu, dah lama tak jumpa,
gambar ni mungkin lebih kurang dah 10 tahun tapi tetap maintain jer, tak macam yang lelain semua dari size seluar 27 sekarang dah size 40..amacam siapa mau jawap...hahahaha Untuk tuan punya badan gambar ini jangan pulak rasa eksyen...rupa2 nya size tu jatuh pada anak dia la pulak si Afiqa Rusydeena, So bermakna walaupun ayah dan ibu nya tak besau mana tapi anaknya ikut mcm Pak De dan panak nya..Hahahaha

April 14, 2010

PADA SYURGA DIWAJAH MU




Ini lah gambar terakhir kami bersama dengan Allahyarham Tuan Haji Ruslan semasa kami berhari raya di rumahnya pada tahun 2009..AL-FATIHAH

April 10, 2010

AL-FATIHAH

Gambar masa berhariraya di rumahnya pada tahun lepas

Sekali lagi keluarga kami diuji ALLAH SWT atas pemergian jiran yang kami dah anggapkan sebagai keluarga sendiri. Allahyarham Tuan Haji Ruslan atau di kenali sebagai LEK LAN di kampung Parit Tengah dan panggilan BAPAK yg memang senonim dari keluarga kami telah meninggalkan kami untuk menghadap Ilahi di Hospital Muar pada Jam 1.15 Pagi Ahad ( 11/04/2010 )

Sebagai jiran sebelah rumah mesti lah banyak kenangan terutama nya kenangan indah untuk kami Se Keluargara......Kami doakan agar Roh Allahyarham Tuan Haji Ruslan@Bapak sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..AL-FATIHAH.

April 8, 2010

CITA-CITA UNTUK MENJADI ASKAR MASA DARJAH 1


Ni la Cita-cita masa memula masuk darjah 1 apabila cik gu tanya aku apakah pekerjaan aku bila dah besar nanti.....

April 7, 2010

SEORANG LAGI ATOK SEDARA KU PERGI MENGHADAP ILAHI

Atok Mail berkopiah putih

Tanggal 07 April 2010, Panggilan talipon dari Kampung memberitahu bahawa Atok Ngah Mail telah kembali ke Rahmatullah di rumah anak nya di Kluang dan di kebumikan di Felda Sungai Sayong,Johor kerana sakit tua. Banyak kenangan manis kami bersama dengannya..Semoga Roh Allahyarham tok mail dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH

April 3, 2010