August 5, 2011

Ulangtahun !!!

Ramadhan tiba lagi !!! hehehe...salam ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia secara am nya dan keluarga Tok Nab secara khususnya..ehehehe...Bulan Ogos adalah salah satu bulan terpenting buat keluarga kita..Di mana bulan ini adalah bulan kelahiran tuan rumah kita iaitu Puan Hajjah Zainab pada 8 ogos 1949..di ikuti oleh Zakwan pada 14 ogos 2006..kemudian Irfan pada 15 ogos 2009..Azwa pula menyambut hari lahir nya pada 17 ogos 1997 dan last sekali kak cheda pada 19 ogos 1991...hehe..

Selamat hari lahir buat semua..dan semoga ramadhan ini membawa 1001 rahmat buat kita semua... ^o^

Happy Birthday Atok ( 8 0g0s )
Happy Birthday Deq Wan ( 14 ogos )
Happy Birthday Cutie Irfan ( 15 ogos )
Happy Birthday Abg Ajwa ( 17 ogos )
Happy Birthday Kak Cheda ( 19 ogos ) ..pelik pulak wish utk diri sendiri..ahahahaha

June 25, 2011

Pertama kali Irfan balik kampung lepas keluar hospital !!

Assalamualaikum...Entri kali ni kami nak kongsi lah sikit gambar Irfan balik kampung bersama 'buah hati' baru mereka yang bewarna putih..hehehe...Cantik nye !!!..Nyanya balik kampung buat kenduri sekali dengan Yasin orang kampung..Gambar pun sikit aje..so,cerita nya sikit je dulu..ehehe...Bila kami telefon atok, atok kata Irfan seronok aje balik kampung..ehehe..Dah aktif & x ada macam dlu..Alhamdulillah, Irfan dah pun sihat !!..

Nyanya a.k.a fozi & family nya !!..ehehe


macam biasa, sebelum balik mesti nak bergambar depan rumah..dah mcm tradisi wajib pulak.ehehe..kenangan kan.

Si putih baru nyanya..hehehe...banyak kereta kaler putih umah atok mak ni..ehehe...nak kena beli kereta warna putih jugak lah jawabnya...ahaha...

June 1, 2011

Aiman Irfan Dah Balik Rumah !!


Assalamualaikum buat semua..Alhamdulillah,berita gembira buat kami sekeluarga apabila anak kecil kami Irfan,akhirnya kembali sihat dan sudah pulang ke rumah...Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T...Irfan dah balik rumah semalam ( 1 Jun 2011 )...Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang bersama-sama mendoakan kesihatan Irfan...ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua..Harapan kami sekeluarga adalah supaya Irfan sihat selalu,jangan nakal-nakal sebab 'WE LOVE YOU CUTIE IRFAN' !!







May 19, 2011

updated story - Aiman Irfan..


Assalamualaikum...hari ni nak update story pasal cutie Irfan kami yang umi nya kata dah 18 hari dalam hospital..Semalam ayah & umi Irfan sms kami beritahu cerita trbaru mngenai Irfan..Dari apa yang dicerita,Irfan dah pun dibuka oksigen dari mulut or ventilator..skrg Irfan hanya menggunakan oksigen yang disalurkan ke hidung...Lubang yang ada di jantung tak perlu ditutup kerana jantung Irfan kecil di sebelah kanan dan dikhuatiri tak tahan tekanan udara..Setakat ini hanya itu perkembangan Irfan yang kami ktahui..Alhamdulillah Irfan semakin sihat,dan kami sekeuarga berharap agar anda semua dapat bersama-sama mendoakan Irfan agar sihat sepenuhnya..Kami rindu tawa & senyum mu Irfan..

photo irfan from FB umi..ehehe

May 16, 2011

cerita terbaru Aiman Irfan



Assalamualaikum...Posting kali ni nak berkongsi kisah atau cerita terbaru mngenai our CUTIE IRFAN yang buat operation Jantung Berlubang nya hari tu..Kemungkinan besarnya Irfan kena buat operation sekali lagi sebab jantungnya masih ada kebocoran,doktor pun x pasti sama ada di tempat yang lama atau pun kebocoran tempat baru..Sekarang ni still lagi tunggu paru2 nya kering dan InsyAllah akan melakukan pembedahan sekali lagi..Kami di Tok Nab & Family mengajak anda bersama-sama mendoakan Irfan sembuh & Selamat semuanya..We Love u Cutie Irfan !!

May 5, 2011

Aiman Irfan Bin Fauzi~

Assalamualaikum..ehehe...Tanggal 3 May 2011,anak kecil kami,Aiman Irfan telahpun selamat menjalani pembedahan jantung berlubang nya..Dalam pukul 8 pagi,umi telefon kami & bagitau yang Irfan on the way di Bilik Operate..Sempat lah juga umi menghantar gambar si comel ini..ehehe..X lama kemudian,jam 1 tgh hari Irfan selamat menjalani pembedahan & still di tahan di dalam ICU..Doktor bagi tahu yang Irfan tiada masalah Injap dan hanya melakukan Operasi jantung dan saluran darah nya yg sempit..Dan sehingga cerita yang kami terima pukul 7 pm tadi,Irfan dah sedar,cuma masalahnya ialah degup jantung yang laju sehingga mencecah 170...Menurut kata umi,Irfan x boleh tgk umi & ayahnya,confirm dia nak mintak dukung x pun nak ikut parents nya..So,kami keluarga Tok Nab mngajak anda supaya sama2 berdoa agar Irfan sehat & segalanya berjalan lancar..WE LOVE U CUTIE IRFAN !!

April 30, 2011

Jiran Ku Saudara Ku ~ hehehe

Sungguh lama x di update blog ini..ehehehe...nak kongsi cerita pasal penemuan saudara kita kat Bintulu..ehehe..FAmily sebelah Atok Tahir kita,dua pupu kepada Atok Abah,iaitu Mak Leha..Anaknya berjiran pulak dengan kami iaitu AINI & NOHA..X tersangka pulak lah saudara kita..ehehe..Oleh sebab jejak kasihnya last minit,kami juz sempat ajak mereka breakfast & hantar mereka ke Airport..hehehe...Layan pIcs Jum...
Pencarian bermula~
Mama & Atok Mak Leha
Mama & Atok Abah Mat..rindu kat Atok Tahir kata mak..huhuhu ~
Gambar last b4 Naik flight~
Semoga jumpa lagi~Sedara selamanya~

February 12, 2011

Salam Maulidur Rasul !!


12 rabiulawal..tarikh yang harus di ingati semua umat Islam terutamanya kita sebagai umat Muhammad..Lahir nya Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W yang dicintai & disayangi oleh semua..Semoga kita terus bersyukur dengan pengorbanan Rasul Allah kita,Muhammad S.A.W..Salam Maulidur Rasul dari Tok Nab & Family...